Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di atas pokoksambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat. Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat kemudian baliksemula ke pokok tersebut. Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 10 saatkemudian balik semula ke pokok tersebeut. Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err... tadi aku tak nampak...
moral: jgn kuar malam2..
gapodiyo: takut hantu kopek...
No comments:
Post a Comment