Friday, June 13, 2008

bila lelaki, bila wanita

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,

Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkankeluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjiandengan syarikat ABC.

Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakansepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,

Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.

Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.

Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkanpencapaiannya.

Bila BOSS mengkritik wanita,Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,Adakah dia marah?

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepasini.

Bila wanita akan berkahwin,Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cutipanjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau menaikan pangkat.

Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membinakerjayanya.

Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaanbaru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.

Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkanpekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidaktetap pendirian




ish mcm2 ar...

No comments: