Thursday, July 31, 2008

Simptom-simptom org nak kawen..

1. anda start beli majalah yang berunsurkan 'isu-isu perkahwinan'.. antara contohnya, Pengantin, Brides etc.. lepas itu anda asyik baca saja kisah-kisah majlis perkahwinan yang difeaturekan kat ruang 'memori' tu dengan harapan.. "Kan best kalau majlis perkahwinan aku nanti semeriah mereka ini”..

2. anda suka tengok kedai jual brg kawin.. Bila lalu depan kedai jual brg hantaran.. Mata anda asik tertumpu saja kat bunga telur, bekas hantaran, cenderahati etc... lepas itu berangan sorang-sorang konon nak warna biru lah, pink lah, purple lah untuk hantaran nanti.. lepas itu dah fikir nanti nak beri berapa dulang kat pihak lelaki.. Then, nak hantaran apa.. kasut? beg? kain? minyak wangi? Siap berangan sekali dengan brand brg tu lagi hehe…

3. anda suka baca kad kawin.. Bila dapat kad kawin daripada org lain, anda dok bayangkan nama kat walimatulurus tu terpapar nama anda dan pasangan anda.. Huhuhu.. Then dok cium-cium kad tu sebab ada bau wangi.. Sambil bau, sambil berangan~

4. anda jeles tengok happy couple.. Bila pergi jalan-jalan, anda nampak couple yang agak-agak baru pas kawin sebab kat tangan mereka masih ada inai lagi..lepas itu anda tengok mereka sangat mesra dan loving (well, baru pas kawin, memang lah manja2.. tunggu lah lagi 2,3 tahun.. hampehhhh).. Then anda jadi jeles sebab anda tak ada inai macam mereka.. Lantas balik rumah beli henna/inai dan pakai kat tangan dan kaki sendiri..

5. anda suka masuk page wedding photographer yang bertauliah untuk tengok foto2 wedding org lain.. Siap email mereka untuk tanya pakej yang mereka offer. lepas itu dok simpan hp number photograher tu sebab senang nanti kalau nak kawin boleh contact bookng terus.. Then bila pergi kat majlis org lain, anda sibuk dok sembang-sembang dengan photographer tu sebab nak tau price range mereka bagaimana sehingga menyebabkan photographer tu lupa nak ambil gbr pengantin.. Haihhhhh..

6. anda jenguk-jenguk masuk website tempat yang offer kursus kawin untuk tengok berapa kena bayar untuk kursus kawin..

7. anda suka baby... Bila anda tengok young couple yang baru ada seorang anak kecik yang baru lahir.. ke hulu ke hilir dengan kereta sorong baby.. yang mak nya dengan beg baby dan botol susu.. Ayah nya pulak dok pegang anak dia dengan penuh kasih sayang.. boleh nampak muka dia bangga sebab ada baby.. Mak pulak pandang suami dia dengan penuh rasa bersyukur sebab dapat suami yang sangat penyayang dan sukakan budak-budak.. anda rasa jeles sebab anda pun nak anak gakkkk.. lepas itu termenung seorang-seorang bila lah anda nak ada anak......... Uhukk...

8. anda suka tengok cincin... Hehe, yang pasti, cincin adalah benda yang amat penting dalam majlis perkahwinan.. Ia adalah lambang cinta.. lambang sehidup dan semati.. Tak ada yang lebih menggembirakan apabila org yang kita cintai menyarungkan cincin itu di jari kita.. Aduhaii~~~

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang sudah mula mengalami simptom-simptom seperti di atas, maka sila bawa bersabar dan berdoa pada Allah agar dijodohkan dengan org yang baik-baik.. Kumpul duit, kumpul ilmu untuk menjadi isteri/suami yang soleh.. Insyallah, Allah akan makbulkan.

No comments: