Thursday, July 31, 2008

tAnDA2 kOranG teRlebIH beRi cIntA

Kata org, kalo sayang sekalipun, biarlah berpada ..dan ada batasnya.

Ni ade tanda2 yg korang terlebih beri cinta ..

1- Kita menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kita.

2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kita yg aturkan. Tak pernah sekalipun dia cuba mengajak kita keluar. Bukan itu je, si dia juga tak pernah membayar apa2 sepanjang korang keluar bersama. Hanya kita je yg keluarkan uwang.

3- Kita je yg sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberi kita hadiah biarpun pada harijadi.

4- Apa saja yg dimintanya, kita pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kita. Namun demi cinta, kita sanggup menebalkan muka meminjam dari teman2 untuk mendapatkan apa yg diinginkannya.

5- Setiap kali membawanya keluar, kita sentiasa memastikan membawanya ke tempat2 yg mahal dan mewah. Tujuannya kerana mahu si dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kita. Walaupun pada hakikatnya kita bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.

6- Begitu memanjakan si dia. Biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kita, tetapi kita hanya bersikap buat2 tak nampak kerana tidak mahu hubungan kita dan dia terjejas..

Tp, ade jgk yg kata, untuk mencari cinta sejati kita mestilah memberikan cinta itu dahulu ..makin banyak cinta yg kita beri, makin banyak jugaklah cinta yg kita terima..janganla kita berkira dlm memberi cinta kerana cinta yg sejati pasti akan membahagiakan kita.. tp terpulang la pd persepsi n pengalaman masing2..

No comments: