Thursday, August 28, 2008

mEngHeNtiKaN MaSA


Cuba perhatikan gambar di atas. Kepada yang tahu pasal fotografi sudah tentu akan berkata ..oh ini gambar yang menggunakan kelajuan yang pantas sehinggakan boleh menghentikan air yang sedang bergerak.Tapi apa yang peliknya? Biasalah gambar-gambar sebegini dalam dunia fotografi. Sebenarnya bukan itu yang ingin dibicarakan tetapi ialah apa yang tersirat di sebaliknya. Gambar yang berjaya dirakam tadi kalau tak ada apa-apa aral melintang akan bertahan untuk jangkamasa yang lama.
Itulah yang menakjubkan. Umpama perbuatan menghentikan masa. Sebenarnya dunia fotografi adalah merupakan satu pertunjuk dari Allah swt kepada manusia bahawa apa yang berlaku di dunia ini semuanya terakam setiap detik. Tak ada satu pun yang terlepas dari pengetahuan Allah. Dan malaikat yang berada di kiri dan kanan sentiasa mencatat segala perbuatan manusia samada baik mahupun buruk.
Kalau manusia dengan kameranya mampu menghentikan sesuatu yang bergerak laju dan mengabadikannya jadi sudah tentu Allah yang mencipta manusia mampu menghasilkan lebih lagi daripada itu.Jadi awas... berfikirlah sebelum melakukan sesuatu yang haram. Anda sedang dirakam sebenarnya...
kredit: fikir2 renung2

No comments: