Wednesday, August 13, 2008

LeLaki SebeNArnYA taK aMIk keSemPAtan...

1) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila menyuruh pompuan peluk badan lelaki itu kuat-kuat semasa menunggang motosikal. Tapi sebenarnya lelaki tadi amat mengutamakan keselamatan pompuan tadi. Mana la tau, kot kot terpelanting semasa dok merempit atas jalanraya.

2) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila memegang tangan pompuan yang memakai kasut tinggi semasa menuruni tangga. Padahal lelaki tadi sebenarnya amat mengutamakan keselamatan pompuan itu. Takut takut tergelincir. Maklum la, pakai kasut tumit tinggi ni bahaya sikit. Kalau boleh, laki tu nak dukung ajer pompuan tuh.

3) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan apabila berjalan rapat rapat dengan pompuan semasa berada di khalayak ramai. Tapi lelaki itu sebenarnya bimbang akan keselamatan pompuan itu. Takut takut hilang ker, kena culik ker, kena ragut ker.... kan naya ajer..

4) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik mengekori pompuan dari belakang. Pahadal lelaki tadi sebenarnya cuba memastikan keselamatan pompuan itu terjamin kiranya ada unsur unsur bahaya yang mungkin menimpa pompuan itu. Ini adalah kerana dengan berjalan di belakang, pompuan itu tadi takkan terlepas dari pandangan lelaki.

5) Lelaki dikatakan cuba mengambil kesempatan jika asyik meminta atau bertukar tukar nombor telefon ngan pompuan. Tapi sebenarnya, ini adalah salah satu langkah keselamatan kiranya jika berlaku apa apa kecemasan, pompuan tadi dapat menghubungi lelaki itu. Maklum la, malang tak berbau.

kesimpulan : Lelaki memang kaum yang mengambil berat dan penyayang.. betui ka?

No comments: