Tuesday, August 26, 2008

pEnGAkuAn aDuHAi sAleHA..

Heroin Aduh Saliha akui kebodohan diri sendiri memasukkan gambar peribadi dalam internet

"MEMANG Sarah akui, Sarah sendiri yang meletakkan gambar-gambar peribadi itu dalam 'facebook' (ruangan dalam internet), tujuannya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan Sarah. Apabila sudah dimasukkan dalam 'facebook', Sarah terlupa nak letakkan private. Ketika itu juga, Sarah tak terfikir, keadaan akan jadi begini teruk. Ada juga Sarah nampak gambar artis-artis lain dalam 'facebook', jadi Sarah pun letak.

People make mistakes (menangis). Memang bodoh sangat Sarah buat macam tu! Sarah tahu Sarah salah, ini kebodohan diri sendiri. Sarah minta maaf. Tapi, Sarah tak sangka boleh jadi macam ni, jadi isu besar.

Sarah akui, pemuda dalam gambar berkenaan, memang teman lelaki Sarah, kami intim kira-kira tiga bulan lalu. Dia seorang model dan pernah menyertai pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah pada 2007. Namanya, Ammar Alfian Aziz.

Kami sama-sama remaja, darah muda. Kami saling menyayangi satu sama lain. Apa yang kami lakukan seperti dipaparkan pada gambar itu, memang tak patut didedahkan kepada umum, ia terlalu peribadi. Tapi, benda dah jadi, Sarah minta maaf. Sepatutnya Sarah dan Ammar memang tak boleh berpeluk dan bercium, tapi...

Bagi Sarah, kebanyakan pasangan remaja lain yang bercinta pasti tidak terlepas melakukannya (berpeluk, bercium), jangan cakap mereka langsung tak melakukannya. Sarah tak hipokrit, tapi Sarah sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan besar, Sarah minta maaf. Tapi, Sarah tidaklah sampai ke tahap bergambar bogel atau melakukan perbuatan yang tak sepatutnya.

Hanya berpeluk biasa dan cium pipi, memang Sarah tak fikir panjang yang semuanya berpunca dari kebodohan diri sendiri. Kebodohan yang Sarah cipta sendiri. Apabila gambar itu sudah tersebar meluas di internet, ibu bapa Sarah marah. Mereka tanya, kenapa Sarah terlalu bodoh buat perkara macam tu. Tapi, benda dah jadi. Sarah minta maaf, Sarah janji tak buat lagi. Apa yang Sarah lakukan ini, Sarah kena tanggung risikonya.

Tapi, Sarah kecewa apabila ada laporan akhbar menyebut, satu gambar yang tersebar itu diambil atas katil, dalam bilik. Yang sebenarnya, kami bergambar di set penggambaran Dendam, di sebuah banglo di Petaling Jaya, Selangor. Sarah minta tolong teman lelaki Sarah temankan Sarah, Sarah tak ada pembantu, kadang-kadang dia yang bawa kereta. Itulah sebabnya kenapa dia berada di set penggambaran itu.

Sekarang Sarah belajar sesuatu yang baru, membawa teman lelaki ke set penggambaran adalah satu tindakan tidak profesional. Sekali lagi Sarah mengaku itu kesilapan Sarah dan Sarah minta maaf. Gambar yang diambil di kawasan kolam renang itu pula sebenarnya sekitar kondominium kawan Sarah. Sarah bukannya mengenakan pakaian mandi, sebaliknya Sarah pakai T-shirt tanpa lengan dan seluar pendek.

Kawan-kawan pun cium teman lelaki

Mengenai pengajian Sarah di UiTM, sehingga sekarang pihak UiTM tak cakap apa-apapun, Alhamdulillah Sarah boleh meneruskan pengajian seperti biasa. Kawan-kawan Sarah faham masalah yang Sarah alami, mereka tak kutuk Sarah. Mereka pun cium teman lelaki masing-masing, cuma kesilapan Sarah, gambar berkenaan tersebar di internet.

Sarah minta, jangan samakan Sarah dengan Saliha. Saliha cuma karektor dalam filem Aduh Saliha. Sarah remaja, Sarah buat kesilapan. Namun, Sarah akui, imej Sarah sebagai pelakon baru tercalar apabila gambar-gambar itu tersebar di internet gara-gara kebodohan sendiri. Di awal kemunculan Sarah, banyak benda Sarah perlu belajar, sekarang ni Sarah dah jadi public figure, setiap kesilapan walaupun kecil, orang akan nampak.

Sarah minta tolong dengan masyarakat, jangan hukum Sarah dengan hukuman terlalu berat. Sarah masih muda, seperti remaja lain, Sarah teringin nak bercinta. Jangan kerana Sarah memegang watak Saliha, Sarah kena 100 peratus sempurna, perempuan Melayu terakhir. Saliha sekadar karektor, Sarah tetap Sarah. Sarah bercinta, sayang teman lelaki Sarah, berpeluk, bercium, Sarah minta maaf.

Rayu jangan kutuk keterlaluan

Berilah Sarah peluang memperbaiki kesilapan. Kita hidup dalam masyarakat Melayu, semua adab harus dipelihara. Sarah menyinggung sensitiviti orang ramai, maafkanlah Sarah. Sekarang Sarah perlu lebih berhati-hati dengan apa saja yang Sarah lakukan. Pastinya Sarah harus membatasi kehidupan sosiol. Hubungan Sarah dengan Ammar ketika ini macam biasa, kami akui kesilapan masing-masing, maafkanlah kami.

Pada masa sama, Sarah juga kesal dengan tajuk sebuah akhbar tabloid yang memaparkan judul - 'Saya bukan berzina, cuma bercumbu saja'. Sarah terkejut! Janganlah sebab nak jual surat khabar, mereka sanggup menggunakan judul seumpama itu. Cukup-cukuplah dengan hukuman yang Sarah terima sekarang ini, janganlah beri Sarah tekanan lagi.

Kepada ibu bapa Sarah, mak ayah Ammar, masyarakat, peminat dan media, sekali lagi Sarah minta maaf. Disebabkan kebodohan diri sendiri, Sarah sudah menerima hukuman. Sarah kena fikir, sekarang Sarah bukan remaja biasa macam dulu, tapi Sarah dah jadi public figure. Tolong beri Sarah peluang meneruskan kerjaya lakonan Sarah yang baru nak bermula. Tolonglah jangan kutuk Sarah keterlaluan. Sarah dah mengakui kesilapan lalu."







gapodiyo:"kawan-kawan sarah pun cium teman lelaki"... dah jd trend ker skang ni...
ish2..10 tahun lg tak tau lg cmner?

No comments: